Pages

Monday, 13 May 2013

[TERKINI] CIKGU PAS DERA DAN BULI PELAJAR KERANA SOKONG BN!!!


Perbuatan seorang cikgu yang membuli pelajarnya disifatkan sebagai kurang ajar dan melampau. Pelajar-pelajar itu yang dipercayai anak kepada penyokong Barisan Nasional (BN) telah diperlakukan seperti binatang.

Kejadian itu berlaku pada 9 Mei 2013, di Sekolah Rendah Seksyen 19, Shah Alam sekitar akhir pembelajaran sesi pagi. Pelajar-pelajar tahun lima di kelas 5 Gemilang telah diarahkan oleh guru terbabit supaya semua pelajar berdiri. Namun, pelajar yang menyokong pakatan haram diarahkan duduk, sementara pelajar yang menyokong BN terus kekal berdiri.

Menurut seorang bapa mangsa, anaknya bersama 17 orang pelajar yang lain telah diarahkan berdiri. Mereka telah diminta untuk menjawab soalan kenapa memilih BN. Jika mereka memberi jawapan barulah dibenarkan duduk.

"Cikgu tersebut juga membuat perbandingan dan menulis di papan hitam dengan mengatakan PR adalah pandai dan BN adalah bodoh. Kejadian ini bukan hanya berlaku di kelas anak saya, bahkan melibatkan 2 buah kelas lagi iaitu 5 Kreatif dan 5 Juara. Perbuatan ini dilakukan oleh guru yang sama," menurut seorang bapa mangsa.

Cikgu tersebut adalah Shamsuddin b. Majid yang juga guru penolong kanan di sekolah terbabit.


Difahamkan, kumpulan terdiri daripada ibu-bapa mangsa bertindak membuat laporan polis. Mereka meminta supaya pihak bertanggungjawab dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengambil tindakan kepada guru itu.

1 comment:

  1. cikgu ni patut dihantar ke sabah bahagian pendalaman baru dia tau baik buruk..aku harap kementerian pelajaran hantar beruk ni kesabah 24 jam

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini