Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik tiu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.
Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.
Selaras dengan langkah boikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhdimatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.
"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi akaun Facebook, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance.
Di Twitter pula, Azran memberi tahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak releban. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini