Beliau berkata ADUN dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak hadir kerana 'tidak diundang' oleh pihak istana.
Menurutnya pihak istana sengaja tidak mahu menjemput semua ADUN bagi mengelakkan majlis tersebut diboikot oleh wakil rakyat berlainan parti politik.
"Tuanku ada satu cara berpendapat bahawa sama ada mahu memanggil semua ADUN atau tidak. Tetapi adakalanya, kalau istana panggi ADUN, dia kena panggil semua.
"Tapi ada beberapa negeri, yang sebahagian saja yang hadir. Untuk mengatasi masalah itu, dia (istana) tidak jemput ADUN, hanya jemput Menteri Besar dan semua penjawat awam," katanya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah di Istana Alam Shah, semalam.
Ini adalah kali pertama semua ADUN Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) tidak hadir dalam istiadat pelantikan Menteri Besar Selangor.
Dalam pada itu, Khalid berkata, tumpuan pertama yang akan diberikan selepas dilantik sebagai menteri besar adalah untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.
Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang berkata beliau sudah menyediakan surat kepada Perdana Menteri dan projek Langat 2 juga akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air.
"Tumpuan saya dalam masa terdekat adalah untuk menyambut hasrat Perdana Menteri untuk memulakan proses 'national reconciliation' di mana ujian pertama adalah untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor," katanya.
Sementara itu Khalid dijangka akan mengumumkan senarai penuh pelantikan jawatan Exco kerajaan negeri pada minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini