Ini berikutan pengumuman oleh Pas pusat yang mempertaruhkan sekali lagi Dr. Siti Mariah Mahmud untuk mempertahankan kerusi parlimen Kota Raja.
Namun persoalannya di sini, di mana Khalid Samad akan bertanding?
Menurut sumber, Pas Selangor masih gagal memberi kata putus tentang calon yang akan bertanding di Shah Alam. Mereka tidak yakin bahawa Khalid Samad mampu mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam.
Ini berikutan, hasil soal selidik yang dibuat oleh NGO-pro pakatan haram terhadap 2000 koresponden yang merupakan pengundi baru di Shah Alam tidak memberangsangkan.
Hasil maklumat itu, hanya 487 koresponden diisytiharkan sebagai pengundi putih yang akan mengundi calon pakatan haram di Shah Alam. Selebihnya, 1,211 adalah pengundi kelabu. Manakala, 292 adalah pengundi hitam yang akan mengundi calon Barisan Nasional (BN).
Ini tidak termasuk laporan aduan yang diterima oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tentang isu pungutan sampah dan masalah infrastruktur tidak terurus di Shah Alam. Rata-rata penduduk menyalahkan Khalid Samad kerana tidak respon dan dilihat tidak berusaha menyelesaikan masalah terutama masalah berkaitan pungutan sampah yang menjadi faktor utama kekerapan berlakunya banjir kilat di Shah Alam.
Khalid Samad juga sering mungkir janji untuk bertemu dengan wakil penduduk bagi membincangkan masalah di kawasan. Tindakan beliau menolak jemputan oleh wakil penduduk dilihat tidak menyenangkan warga Shah Alam. Ini disuarakan oleh beberapa wakil zon MPP yang dilantik sendiri oleh pakatan haram yang tidak senang dengan sikap Khalid Samad.
Khalid Samad juga jarang turun padang bertemu dengan rakyat sebaliknya hanya dilihat beberapa kali menyampaikan ceramah politik di surau-surau.
Oleh itu, mungkin faktor-faktor ini menyukarkan pihak pimpinan Pas Selangor membuat keputusan tentang siapa calon yang boleh menang di Shah Alam.
Dalam entri akan datang, penulis akan menghuraikan suara rakyat dan pendapat penduduk di Shah Alam sepanjang tempoh Khalid Samad menjadi wakil rakyat di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini