2. Ini telah menjanjikan satu kesimbungan yang mencerminkan bahawa janji-janji BN di Selangor ini mampu untuk dilaksanakan. Dengan 7 Teras dan 56 Janji mencerminkan usaha BN Selangor dalam membantu menaikkan taraf hidup rakyat Selangor.
3. Selain daripada itu, ia juga adalah selari dengan yang terkandung di dalam RMK-10 untuk mencapai sasaran defisit fiskal 3% KDNK menjelang 2015.
4. Janji-janji yang diberikan oleh Aku Janji BN Selangor ini juga memperlihatkan usaha BN untuk membaiki semula kerosakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan PKR di bawah pimpinan TS Khalid.
5. Institusi-institusi seperti Yayasan Selangor, UNISEL, KUIS, PKNS, PNSB dan lain-lain akan diarahkan semula supaya kembali untuk berkhidmat seperti mana yang telah dirancang sejak awal penubuhannya lagi.
6. PKNS yang kini berada di bawah pimpinan TS Khalid tidak membina rumah mampu milik untuk rakyat Selangor, malah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membina kondominium mewah bukan untuk rakyat Selangor atau Malaysia, malah untuk warga asing seperti projek mega DATUM yang merangkumi keseluruhan negeri Selangor.
7. Institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri juga akan diberikan nafas baru agar melahirkan mahasiswa yang lebih baik dan diterima pakai oleh majikan.
8. Usaha DS Najib dalam mempromosikan produk 1 Malaysia telah dipanjangkan kepada AkuJanji BN Selangor pada mana bantuan-bantuan kepada rakyat kini adalah lebih terperinci kepada rakyat negeri Selangor. Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan pelbagai lagi adalah satu usahasama antara BN Selangor dan Kerajaan Pusat.
9. Dari sudut ekonomi pula, satu idea khas telah dibentangkan dengan mewujudkan koridor baru yang dinamakan Selangor Global Logistic Hub yang bakal menyediakan 560,000 peluang pekerjaan baru. Selari dengan Aku Janji BN Nasional yang menjanjikan 1,000,000 pekerjaan baru.
10. Selain itu, Skim Mikrokredit akan diperkenalkan dengan dana sehingga RM250 juta untuk memulakan perniagaan.
11. Masalah sampah yang menghantui rakyat negeri Selangor terutamanya oleh penduduk Shah Alam akan diselesaikan oleh BN secepat mungkin.
12. Selangor juga bakal dipacu sebagai negeri yang memanfaatkan penggunaan tenaga alternatif dengan program Feed In Tariff menggunakan tenaga Solar.
13. Bagi rakyat secara individu juga, Selangor di bawah BN bakal menyaksikan satu negeri yang memudahkan untuk graduan dan anak muda untuk memulakan kehidupan. Bantuan-bantuan seperti program peumahan mampu milik, bantuan kewangan untuk anak baru lahir serta pelbagai lagi dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
14. Dilihat secara keseluruhan, Aku Janji BN Selangor ini adalah bertujuan untuk membaiki semula kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan PKR. Yang kedua adalah sebagai kesinambungan AkuJanji BN Nasional serta RMK-10. Yang Ketiga adalah untuk memastikan bahawa ekonomi negeri Selangor sentiasa terjamin dan dapat dikembangkan selari dengan harapan negara dan Wawasan 2020.
15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
Sumber: teamediaselangor.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini