Pages

Monday, 15 April 2013

[TERKINI] : ULAMA PAS SERTAI UMNO PUCHONG, TUBUH CAWANGAN BAITUL DHUYUF!


Akibat terlalu bercelaru dan tidak konsisten terhadap perjuangannya, Pas semakin hilang sokongan ahlinya sendiri.

Trend penyokong pakatan haram khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.

Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar Pas di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.

Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana Pas kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.

Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, semalam, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini