Pages

Monday, 29 April 2013

[TERKINI] MENGARUT! KHALID IBRAHIM CADANG GUNA SUNGAI SELANGOR ATASI MASALAH AIR!!! #PRU13 #SayangiSelangor


SHAH ALAM - Dengan hari mengundi tinggal kurang seminggu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil dengan rancangan menakung sebahagian daripada Sungai Selangor untuk mengatasi krisis air di negeri ini.

Idea berkenaan adalah yang terbaru dalam siri cadangan-cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan beliau sejak lima tahun lalu, namun tidak satu pun menjadi kenyataan.

Khalid berkata sebahagian Sungai Selangor di Bestari Jaya bakal dimajukan dengan kaedah takungan bagi menghasilkan sumber air mentah untuk Lembah Klang.

Aktivis yang dihubungi menyifatkan idea Khalid itu sebagai kartun. Menteri Besar Selangor itu turut didesak tidak melontar cadangan tanpa disokong dengan kajian terperinci.

Khalid membuat cadangan itu di ambang pilihan raya umum kerana terpaksa menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan negeri menolak pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Bantahan kerajaan negeri terhadap empangan itu telah melengahkan usaha kerajan persekutuan untuk memastikan Selangor tidak mengalami krisis air pada tahun depan.

Khalid mendakwa cadangan terbaru beliau untuk mengguna Sungai Selangor akan mengisi keperluan 20 peratus air di Lembah Klang.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengkaji kaedah untuk mengepung air hujan di sungai itu.

“Kajian itu mendapati, air hujan akan masuk ke sungai seterusnya ke laut. Kita terus ke laut sebab jika terlalu banyak ia akan berlaku banjir,” kata beliau.

Bagaimanapun, Menteri Besar tidak menghuraikan apa yang dimaksudkannya namun berjanji memberi butiran lanjut dalam dua atau tiga bulan.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini