Penduduk mendakwa, pembinaan projek yang menelan kos kira-kira RM3 bilion dan dijangka siap pada 2015 itu bukan sahaja menggambarkan sifat tamak kerajaan negeri, bahkan menafikan hak mereka untuk memiliki hartanah di kawasan itu.
Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam, MCA Selangor Kelvin Chong Seng Foo berkata, kerajaan negeri ketika ini dilihat lebih memberi penekanan kepada projek mega, berbanding tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik.
Menurutnya, projek pembangunan bercampur yang meliputi pejabat, lot perniagaan dan kondominium itu turut melibatkan pembinaan tiga blok asrama untuk 10,000 pekerja asing.
"Projek itu tidak memberikan sebarang faedah kepada keperluan sebenar penduduk yang mahukan setiap tanah kosong di Petaling Jaya ini dibina mampu milik dibina.
"Apa yang pasti projek ini hanya menimbulkan pelbagai masalah lain terutama dari segi alam sekitar, kesesakan trafik dan gejala sosial," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mewakili pelbagai pihak termasuk wakil penduduk dan syarikat kontraktor yang membantah pembinaan projek tersebut.
Yang turut hadir Penasihat Undang -Undang MCA Selangor, Datuk Lim Choon Kin dan Pengerusi Pusat Perkhidmatan MCA Petaling Jaya, Datuk Theng Book.
Kelvin berkata, pembinaan projek itu juga meminggirkan kepentingan para penduduk dengan memberi keutamaan warga asing memiliki kediaman.
Dakwa beliau lagi, pembinaan projek itu juga gagal mematuhi syarat-syarat pembangunan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sebelum ini yang tidak membenarkan pembinaan bangunan melebihi 20 tingkat di Selangor.
"Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga perlu menyemak kembali kewajaran projek ini diteruskan dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
"Saya sendiri telah menulis surat bantahan kepada MBPJ sebanyak lima kali, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas, termasuk PKNS yang terus mengambil sikap berdiam diri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini