Pages

Sunday, 14 April 2013

[PRU13] SIAPA DR IDRIS AHMAD YANG GANTI KHALID IBRAHIM DI IJOK!!?


Ternyata desas-desus kononnya Khalid Ibrahim akan lari ke Pelabuhan Klang jadi kenyataan apabila pada semalam beliau secara tidak rasmi mengumumkan dalam 'twitter' peribadi beliau.

Tempat beliau pula akan digantikan dengan Dr. Idris Ahmad yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, bagaimana seorang pemimpin di Kuala Lumpur dihantar untuk menjadi calon di Selangor. Adakah sudah tiada lagi calon atau pemimpin PKR di Selangor yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim?

Menurut sumber, Dr. Idris Ahmad telah memulakan gerakan sebaik nama beliau dipilih oleh kepimpinan PKR. Beliau pada semalam telah mengumpul saudara-mara dan ahli keluarganya bagi meminta sokongan mereka untuk membantunya berkempen di Ijok. Beliau juga dikatakan berasal dari Kuala Selangor.

Namun, kepimpinan dan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor dikatakan tidak senang dengan pemilihan Dr. Idris Ahmad sebagai calon di Ijok. Mereka turut kecewa apabila pihak kepimpinan PKR tidak pernah berbincang dengan kepimpinan Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan calon di sana.

Kemelut ini sudah pasti mengganggu persiapan PKR Kuala Selangor dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Jika tiada penyelesaian, Dr. Idris Ahmad kemungkinan berdepan dengan sabotaj oleh penyokong dan ahli PKR di sana.


2 comments:

  1. sapa-sapa nak bertanding di Ijok kena minta Izin dari sami KUIL HINDU. dulu orang India pernah diTIPU!!!!!

    ReplyDelete
  2. Realitinya tiada kemelut dlm PKR ijok ...ianya cuma disabotaj oleh ajen2 UMgok yg sudah tiada wawasan & menanti kepupusan....hidup PKR!...TAKBIR!...SEMOGA KEJAYAAN GEMILANG untuk Dr Idris...perjuangan diteruskan...

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini