Setiausaha Agung Pas itu bukan hanya tidak melakukan sumpah laknat seperti diuar-uarkan, malah kelibatnya juga langsung tidak kelihatan sehingga selesai solat Jumaat.
Desas-desus Mustafa mahu membuat sumpah laknat itu tersebar luas menerusi laman blog propembangkang sejak semalam, menyebabkan sebahagian besar wartawan menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi ini.
Mustafa dikatakan akan membuat sumpah laknat itu berhubung penyebaran rakaman video seks seorang lelaki yang miripnya baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat dan sehingga pukul 2 petang selepas sebahagian besar jemaah mula meninggalkan masjid itu, kelibat Mustafa langsung tidak kelihatan.
Malah, para wartawan yang setia menunggu juga dimaklumkan oleh penyokong Pas mereka tidak mengetahui mengenai upacara sumpah laknat seperti disebarkan menerusi internet itu.
Antara blog yang menyiarkan mengenai maklumat itu ialah http://azmykelanajaya.blogspot.com menerusi entri bertajuk '#PRU13 : Sah Mustapha Ali Sumpah Laknat Di Masjid Rusila Esok !!'
Blog itu antara lain menyebut: "Khabar gembira buat penyokong Pas dan menurut sumber dalaman, esok (Jumaat, 26 April) selepas solat Jumaat, Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas, akan mengadakan upacara sumpah laknat di Masjid Rusila!!
"Ini berikutan tekanan yang terlalu kuat datang dari pelbagai sudut yang inginkan penjelasan konkrit, bukan memberi 1001 alasan seperti Anwar bin Hj Ibrahim.
"Alasan, bukan seperti perut saya..bukan seperti saya.. mirip saya.. fitnah.. kerja jahat UMNO," ini semua alasan karut kata sumber !
"Insya-Allah selepas solat Jumaat esok kita tunggu.. aakj dan team sudah d Terengganu..sabar ye..kita mohon agar beliau tenang semasa bersumpah !!"
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penyebaran meluas rakaman video seks lelaki yang mirip Mustafa menerusi laman blog serta dalam bentuk video cakera padat (VCD) di beberapa kawasan di sekitar negeri ini.
Berikutan penyebaran video itu, Mustafa menerima tekanan banyak pihak supaya segera membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam video tersebut namun beliau sehingga kini belum membuat laporan tersebut. - Utusan
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini