Laporan akhbar Sinar Harian pada semalam dengan tajuk - "MB Mahu Lawan Calon Setaraf" menggambarkan seolah-olah BN tiada calon yang layak untuk mencabarnya di Pelabuhan Klang.
Kenapakah begitu sekali sikap Khalid Ibrahim yang terlalu takbur dan terlalu yakin akan menang di Pelabuhan Klang sedangkan gagal sebagai wakil rakyat di Ijok?
Untuk pengetahuan, tindakan Khalid Ibrahim bertanding di Pelabuhan Klang adalah kerana gelombang penolakan oleh rakyat dan ahli PKR terhadap beliau di Ijok, bekas kawasan yang ditandinginya.
Kini demi mempertahankan kuasa, beliau lari dan memilih kawasan yang dirasakan adalah kawasan selamat dan peluang menang adalah tinggi. Lebih buruk, cuba memperlekehkan calon BN di Dun Pelabuhan Klang.
Siapan Calon BN di Pelabuhan Klang?
BN Selangor telah mempertaruhkan Tuan Hj. Nasaruddin Dato M. Zin sebagai calon untuk mencabar Khalid Ibrahim di Pelabuhan Klang.
Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M Zin adalah anak kelahiran Pelabuhan Klang. Beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Klang dan mendapat pendidikan tertinggi di California State University, Amerika Syarikat dalam jurusan pentadbiran perniagaan.
Sebagai bekas Ahli Perniagaan yang berjaya, Haji Nasaruddin adalah calon terbaik untuk menghukum kesombongan Khalid Ibrahim.
Selain itu, Hj Nasaruddin juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi penggal 2011 - 2013. Beliau juga merupakan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Selangor.
Jadi yang penting adalah penduduk dan pengundi di Pelabuhan Klang untuk membuat keputusan. Masalah yang membelenggu penduduk di Ijok wajar dijadikan teladan oleh pengundi di Pelabuhan Klang.
Jangan ulang kesilapan yang sama. Percayalah, pemilihan Hj Nasruddin sebagai calon BN di Dun Pelabuhan Klang adalah calon terbaik untuk rakyat di sana.
Sumber: teamediaselangor.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini