Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.
Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.
Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN ketika itu.
Namun selepas PRU-12, masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR terhadap masyarakat India.
Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan dan memperbodohkan masyarakat India semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat itu.
Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India.
Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.
Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini