Pages

Tuesday, 9 April 2013

[KANTOI] : PENYELEWENGAN TABUNG LAHAD DATU! BERTAUBATLAH PAS!!!


Kutipan derma dan tabung-tabung derma sangat lazim dengan perjuangan Pas. Tidak kurang juga soal ketelusan dalam menguruskan hasil derma yang dikutip oleh mereka.

Pas pernah dituduh kerana menyeleweng hasil derma 'Tabung Memali' yang kononnya diwujudkan untuk membantu keluarga mangsa yang terlibat di dalam tragedi Memali.

Perkara ini disuarakan sendiri oleh aktivis Pas, CN Afghani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non yang merupakan individu lantang membongkar penyelewengan oleh pemimpin Pas terhadap tabung Memali yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Cikgu Non turut menerbitkan sebuah buku yang menceritakan tentang penyelewengan oleh pemimpin Pas itu hingga nasib keluarga mangsa tragedi Memali tidak terbela hingga kini dan ada yang hidup merempat.

Jadi kalau pendedahan yang dibuat oleh Cikgu Non itu palsu, percayalah, sudah lama Pas mengambil tindakan terhadap Cikgu Non. Namun hingga Pas tidak berani ambil tindakan.

Itu belum cerita tentang tabung milo yang dijaja sepanjang ceramah oleh Pas. Dengar cerita, hasil kutipan bukan sikit-sikit, kadang-kadang cecah puluhan ribu. Malangnya, jumlah kutipan tidak pernah direkod apatah lagi diaudit.

Penyokong Pas terus jadi mangsa diperah duitnya demi menyara kemewahan pemimpin Pas yang bergantung nasib mencari rezeki dengan kerjaya politik. Ini kerana, menurut sumber, wang hasil kutipan itu digunakan untuk membayar pemimpin Pas yang berceramah. Itu juga adalah sumber pendapatan kepada pemimpin itu.

Nampaknya, penyokong Pas umpama menonton wayang dengan wang derma itu sebagai bayaran untuk mendengar ceramah. Itulah senario yang berlaku bagaimana pemimpin Pas menekan ahli-ahli mereka dengan menjadikan ceramah-ceramah sebagai medan memperdayakan ahli Pas.

Terbaru, Pemuda Pas pula melancarkan 'Tabung Parajurit Tragedi Lahad Datu' kononnya bagi membantu keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi itu.

Malangnya, belum apa-apa lagi sudah timbul curiga kerana nombor akuan yang dipapar di dalam iklan tabung itu dikenal pasti bukan akaun 'Tabung Prajurit Tragedi Lahad Datu', sebaliknya adalah akaun rasmi parti Pas.

Jadi adalah wajar untuk mempersoalkan ketelusan Pas dalam mengutip wang derma itu. Berbanding dengan entiti lain yang turut membuat kutipan yang sama, mereka dilihat lebih telus kerana mewujudkan akaun khas. Contohnya seperti tabung yang diwujudkan oleh Media Prima dan Utusan Malaysia.

Bagaimana Pas mengenal pasti wang yang masuk ke dalam akaun mereka itu adalah sumbangan atau derma untuk tabung itu? Inilah buktinya Pas memang tidak akan telus dalam urusan melibatkan kewangan.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini