Pages

Friday, 26 April 2013

[FITNAH] PAKATAN HARAM KANTOI SEBAR KERTAS UNDI PALSU!!! #PRU13 #TolakPR



Dakwaan yang mengatakan kononnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima kertas undi hari ini seperti yang disiarkan di dalam laman sosial ‘Facebook’ adalah palsu.

Perbuatan berniat jahat oleh pakatan haram jelas membuktikan mereka sungguh terdesak untuk mendapat sokongan dengan mengelirukan rakyat bagi menggambarkan ada usaha tidak telus yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mujur pihak SPR bertindak pantas dengan membuat laporan polis dan menafikan bahawa kertas undi yang tersebar itu milik SPR.

Timbalan SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang ditemui pemberita berkata, undi awal hanya akan diadakan pada 30 April bukan seperti yang didakwa di media sosial itu.

“Gambar lama pun mereka boleh keluarkan, dakwaan ini sama sekali tidak benar kerana undi awal pun harus dicalitkan dengan dakwat juga, jadi tidak mungkin isu ini boleh dibangkitkan,” katanya.

“Saya juga tak rasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membelakangkan SPR untuk perkara ini,” tambahnya.

Hari ini pengguna media sosial menyebarkan gambar yang mendakwa anggota PDRM dan ATM telah diarahkan untuk mengundi walaupun tarikh mengundi awal ditetapkan pada 30 April ini.

Turut dipamerkan di dalam gambar itu, ialah kertas mengundi yang memaparkan calon ahli parlimen Setiawangsa selain turut disertakan nombor siri yang ditampal dengan pelekat berwarna oren.

Sementara itu, Setiausaha Agung SPR Datuk Kamaruddin Baria mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah sesetengah pihak yang mahu memburukkan nama SPR. Orang ramai boleh merujuk kepada laman web rasmi SPR untuk maklumat yang tepat dan terkini.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini