Pages

Wednesday, 13 February 2013

[WAJIB TONTON] : INI BEZANYA ADAM ADLI DENGAN PESERTA #JelajahAnakMalaysia


SELAYANG - Ditakdirkan hidup tanpa kasih sayang anak bukan perkara mudah diterima oleh mana-mana insan apatah lagi pada saat usia semakin lanjut.

Sesekali, hati dibaluti perasaan sayu apabila melihat rakan sebaya begitu gembira mempunyai anak yang dapat memberikan perhatian dan kasih sayang serta dapat berteduh di bawah satu bumbung bersama zuriat dikasihi.


“Pak cik rindukan pelukan anak walaupun tidak mempunyai anak, namun pak cik kecewa dengan sikap ahli keluarga yang tidak peduli dengan keadaan pak cik,” kata Mohamad, penghuni Rumah Amal Cheshire Selangor, di sini.

Warga emas itu berkata demikian ketika menerima lawatan sekumpulan 50 peserta Jelajah Anak Malaysia diketuai saudara Mohd Shahar Abdullah, Presiden Gabungan Generasi Muda (G2M).

Mohamad yang cacat anggota badan sejak lahir berkata, dia mula menghuni Rumah Amal Cheshire Selangor itu sejak 20 tahun yang lalu.

Menurutnya, kedatangan peserta Jelajah Anak Malaysia sedikit sebanyak mengubat rindu dan memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina di sini.

“Pak cik membuat keputusan untuk menentap di sini dengan suka rela. Pak cik tidak mahu menyusahkan orang lain,"katanya.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini