Mereka kemudian dibawa ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Beris Jaya untuk acara perasmian Jelajah Anak Malaysia peringkat Daerah Sik. Program itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Tajudin, ADUN Belantik.
Dalam ucapan perasmian beliau mengalukan kedatangan para paserta dan berbangga dengan usaha mahasiswa untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Kami di sini berbangga kerana kawasan ini telah dipilih sebagai salah satu lokasi Jelajah Anak Malaysia.
"Kesempatan ini sudah pasti menjadi inspirasi anak muda di sini supaya belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading," jelasnya merujuk kepada peserta Jelajah Anak Malaysia.
Dalam ucapan, beliau turut menegaskan bahawa golongan mahasiswa tidak seperti yang digambarkan oleh masyarakat.
"Hari ini bukti bahawa mahasiswa bukan golongan pelampau yang sentiasa terlibat dengan demonstrasi dan keganasan. Hanya segelintir sahaja menjadi mangsa eksploitasi oleh kumpulan tidak bertanggungjawab.
"Peserta Jelajah Anak Malaysia adalah wajah sebenar golongan mahasiswa. Mereka tidak membuang masa dengan membuat perkara tidak berfaedah,"katanya.
Sebelum itu, peserta Jelajah Anak Malaysia telah dilepaskan dalam acara Flag-off yang disempurnakan oleh YB Dato' Hilmi Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau di Pusat Khidmat ADUN Pulau Betong, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini