Pages

Sunday, 10 February 2013

SAMBUTAN LUAR BIASA DI PEKAN!!! #JelajahAnakMalaysia




PEKAN - Konvoi Jelajah Anak Malaysia telah menjelajahi kawasan ke-19 di lapan buah negeri sejak dilancarkan di Putrajaya pada 31 Januari lalu.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Perguruan Sultan Idris, Fadillah Mukhatar .

"Pekan merupakan kawasan yang ke-19 kita lawati dan selepas ini kita akan terus ke Segamat, Johor.

"Sebelum ini, peserta telah pergi ke beberapa buah negeri, antaranya Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Kuala Terengganu," katanya ketika di program Muzikal Rakyat di Taman Agro-Tech.

Yang hadir sama Ahli Mesyuarat dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Hj. Ishak Hj. Mohamad.

Menurutnya, sepanjang program tersebut, mereka akan mendengar masalah rakyat untuk direkod dan laporan kaji selidik itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami sangat bangga dan berbesar hati melihat sambutan hangat yang ditunjukkan oleh penduduk Pekan terhadap program 'Jelajah Anak Malaysia'.

"Sambutan di Pekan antara yang paling meriah setakat ini.


Sementara itu, Presiden Alumni Aspirasi,  Mohd. Shahar Abdullah berkata, program itu juga memberi peluang kepada mahasiswa berkomunikasi, mempelajari cara menguruskan organisasi dengan baik dan mempelajari cara berhadapan dengan masyarakat.

Sementara itu, sempena program tersebut di daerah ini, pihaknya turut melancarkan lagu bertajuk Kami Sayang PM sebagai tanda terima kasih kepada kesemua Perdana Menteri yang telah dan sedang menerajui negara sejak merdeka hingga sekarang.

"Lagu ini telah diilhamkan sejak sebulan yang lalu dan menunjukkan bahawa mahasiswa menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri," katanya.


Artis terkenal, Najwa Latif turut hadir memeriahkan program Rakyat Service Centre (RSC) dengan menyampaikan tiga buah lagu.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini