Pages

Sunday 27 January 2013

ZALIM! USTAZ NASHARUDDIN AKHIRNYA DIPECAT!


KUALA LUMPUR - Mantan Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS kerana “masalah displin”, kata Setiausaha badan itu Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurut Nik Zawawi, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok telah digugurkan jawatan pada 13 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Namun beliau enggan mendedahkan kesalahan yang dilakukan Nasharudin sehingga digugurkan daripada Majlis Syura Ulama parti itu.

"Ya, YB Nasharudin telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama sebelum beliau pergi ke sana lagi (Gaza). Ini tiada kaitan dengan (Datuk Seri) Najib (Razak)...beliau bukan ahli Majlis Syura Ulama lagi.

"Beliau telah melanggar peraturan-peraturan parti, kita tidak boleh sebut (kesalahan) beliau...yang mana beliau telah digugurkan pada 13 Januari lalu." katanya kepada Antarapos.

Tambah Nik Zawawi, kekosongan jawatan itu masih belum diisi.

Sebelum ini Nasharudin menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza dan dalam kenyataannya beliau enggan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini