Pages

Sunday 13 January 2013

[VIDEO] : INSIDEN PERGADUHAN AMK DAN UNIT AMAL SUNGGUH MEMALUKAN!!! #112



Perhimpunan #KL112 di Stadium Merdeka di sini, semalam dicemari insiden pergaduhan walaupun penganjur memberi jaminan ia akan berlangsung dalam suasana aman.

Dalam kejadian petang semalam, berlaku tumbuk-menumbuk membabitkan pengring Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.

Insiden itu berlaku ketika kedua-dua kumpulan berasak memasuki Stadium Merdeka serta turut disaksikan kebanyakkan petugas media.

Menurut saksi, kejadian berpunca daripada insiden tolak menolak ketika rombongan dua pemimpin pakatan haram memasuki stadium.

Ketibaan Anwar bertembung dengan Nik Aziz, dengan pengiring keselamatan cuba membuka laluan di pintu masuk utama stadium yang ketika itu sudah sesak.

Saksi memberitahu, tiba-tiba berlaku aksi tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, namun keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis yang kebetulan berada di kawasan itu.

Namun tidak sebarang kecederaan dilaporkan dan kejadian dipercayai berpunca dari salah faham antara anggota rombongan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu.


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini