Pages

Friday 25 January 2013

[VIDEO] : BANTUAN LUAR BIASA! ANAK MUDA JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!



SHAH ALAM – Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor, mengorak langkah melaksanakan politik khidmat bakti menerusi Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kepada mereka yang berumur antara 17 hingga 40 tahun.

Pengerusi (BL1M) Selangor, Azhari Shaari berkata menerusi program tersebut mereka yang berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

Menurut beliau BL1M bermatlamat untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

“Menerusi program BL1M, mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199. Ini adalah politik khidmat bakti kita sepertimana yang kita telah laksanakan sebelum ini seperti Karnival kerjaya, Biasiswa Pemuda BN dan pelbagai lagi.

“Kita jangkakan antara 300 hingga 500 ribu akan menikmati program tersebut. Inilah bukti kita bukan sekadar berpolitik dan berterorik tetapi kita buat dan laksanakan sesuatu untuk golongan muda. pelbagai produk yang kita keluarkan untuk kepentingan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas tamat taklimat (BL1M) peringkat Selangor baru-baru ini di Bangunan UMNO Selangor.

Taklimat telah diberikan sendiri oleh Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang juga Pengerusi (BL1M) Malaysia.

Kata Azhari lagi program berkenaan akan turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya menerusi penambahan satu modul yang ringkas tetapi berkesan

Borang permohonan BL1M boleh didapati menerusi www.bl1m.my dan www.myeg.com.my atau hubungi talian 03-78018888 atau pejabat Pemuda BN seluruh negara.


Lagi laporan di TEAM MEDIA SELANGOR

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini