Pages

Thursday 3 January 2013

TPM BUAT LAWATAN MENGEJUT KE SHAH ALAM PAGI TADI!!!



SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua di Seksyen 27 di sini.

Muhyiddin yang tiba di sekolah berkenaan pada pukul 9 pagi meluangkan masa melawat guru dan murid tahun satu di sekolah itu yang memulakan sesi persekolahan 2013 mereka semalam.

Beliau turut melawat Pusat Sumber dan kelas prasekolah selain meluangkan masa minum pagi dan bergambar dengan para guru sebelum meninggalkan sekolah itu sejam kemudian.

Guru Besar sekolah Ros Aini Che Man yang ditemui pemberita kemudian, berkata lawatan kerja itu antaranya bertujuan meninjau susana pembelajaran murid tahun satu dan kesan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dimulakan pada 2011.

Sekolah itu yang melaksanakan persekolahan satu sesi mempunyai 54 guru dan 960 murid dengan 168 daripadanya murid tahun satu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini