Pages

Tuesday, 8 January 2013

[TERKINI] : 'KEMBARA ANAK MUDA SAYANGI SELANGOR' BUAT PAKATAN HARAM PANAS PUNGGUNG


SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan satu program 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' yang bertujuan untuk membentuk jaringan di antara pemimpin muda dan anak muda bagi merealisasikan agenda Sayangi Selangor, Yakini BN.

Wakilnya, Budiman Mohd Zohdi berkata, program ini akan diadakan setiap Jumaat, jam 9 malam setiap minggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Beliau menjelaskan, program pertama akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, 11 Januari ini di Pekan Banting.

"Hari ini anak muda di Selangor telah dipinggirkan, kita dapat lihat setiap majlis belia daerah tidak pernah mendapat bantuan oleh kerajaan Selangor bagi menggerakkan program pembangunan belia sejak pakatan rakyat memerintah di Selangor.

"Kerajaan negeri sebaliknya mewujudkan penggerak belia bagi menyayingi kumpulan majlis belia. Sedangkan majlis belia juga punya hak untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri," tegasnya.

Dakwa budiman lagi, kerajaan Selangor gagal melaksanakan program yang berkesan dan terancang untuk membangunkan generasi muda di Selangor.

Justeru itu, anak muda hari ini gagal memiliki rumah, gagal memiliki kerja yang sesuai dan mereka yang ingin berniaga tiada ruang untuk berbuat demikian.

Kerajaan Selangor hanya membantu anak muda yang menyatakan sokongan terhadap pakatan haram. Sikap pilih bulu jelas membuktikan kerajaan Selangor tidak ikhlas membantu rakyat keseluruhannya.




mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini