Menurutnya, ini berikutan sikap pembangkang sendiri yang sering menyalahkan kerajaan tetapi tidak menampilkan idea yang bernas untuk membangunkan negara.
“Bagi saya, pembangkang berkualiti akan bantu kerajaan majukan negara. Namun, apa yang saya lihat, mereka asyik mencari kesalahan kerajaan tanpa ada inisiatif untuk tampil dengan idea sendiri,” katanya.
Musa berkata demikian dalam temu bual dengan saluran televisyen internet, Dtubes.TV.
Bagaimanapun menurutnya, kerajaan sekarang juga masih memiliki banyak masalah yang perlu diperbetulkan.
“Kebanyakan pemimpin sekarang lebih utamakan kepentingan sendiri berbanding negara. Ini masalah yang harus diperbetulkan. Namun saya tidak bermaksud kerajaan salah sepenuhnya kerana pembangkang pun bukan semuanya betul.
“Cuma kerajaan sekarang perlu mentadbir dengan keterbukaan jika betul-betul mahu laksana transformasi seperti diingini rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Musa berharap sikapnya yang vokal terhadap kerajaan tidak disalahertikan.
Sebaliknya, kata Musa, beliau hanya mahu memperbetulkan keadaan dan memastikan negara sentiasa aman.
“Saya lantang bukan sebab benci, tetapi sayangkan negara dan tidak mahu imej kerajaan diperlekehkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini