Pages

Tuesday, 29 January 2013

SKANDAL KUIS! KHALID IBRAHIM WAJIB BERTANGGUNGJAWAB!!! #SaveSlgr


SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa hari ini menegaskan transformasi pendidikan yang cuba dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) membawa kepada kemerosotan kualiti pembelajaran dan kerugian kewangan. 

Menurut beliau, "Transformasi KUIS' yang diperkenalkan tahun lalu ditolak oleh segelintir pensyarah dan pelajar, sekali gus menjejaskan jumlah pengambilan pelajar di institusi milik kerajaan negeri itu. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Pengerusi KUIS.

Mohamad Adzib berkata selain mencatatkan penurunan dalam aspek pengambilan pelajar, KUIS juga menanggung defisit RM18 juta.

"Memanglah defisit apa pun yang menguruskan pendidikan memang ada defisit, tetapi kita sedang betulkan supaya defisit tidak berterusan.

"(Ini disebabkan) pelajar makin berkurang apabila kita menjalankan transformasi, dulu mencecah 11 ribu sekarang tinggal enam ribu," katanya ketika dihubungi.

Program Transformasi itu diperkenalkan selepas KUIS mencatatkan prestasi yang semakin merudum. Antara lain program yang dicanang oleh Khalid itu merangkumi perubahan dalam kurikulum dan sistem penilaian pelajar.

Selepas Universiti Selangor (Unisel) dipalitkan dengan pelbagai kontroversi urustadbir lemah oleh kerajaan negeri, KUIS menjadi institusi kedua yang mirip permasalahannya.

Awal bulan Januari, kira-kira 200 kakitangan kolej universiti berkenaan termasuk pensyarah mengemukakan memorandum menyatakan hilang keyakinan terhadap pengurusan KUIS.

Khalid walau bagaimanapun mendakwa tidak pernah menerima memorandum tersebut sebaliknya berkata pengurusan institusi berkenaan berjalan lancar dan tiada sebarang masalah berlaku sepertimana yang didakwa oleh segelintir pihak.

Malah beliau turut menyifatkan dakwaan pembekuan kenaikan gaji tahunan kepada pekerja kolej itu sejak 2011 sebagai tidak pernah berlaku.

Bercakap kepada Antarapos, Mohamad Adzib berkata pemegang saham KUIS menuntut penambahbaikan dari aspek kualiti yang turut melibatkan perubahan kurikulum, sistem pembelajaran dan penilaian.

Justeru katanya, rombakan sistem itu mengakibatkan kolej universiti berkenaan tidak dapat menampung lebih daripada 10 ribu pelajar menyebabkan pengambilan pelajar terpaksa dihadkan.

"Mais mahukan kualiti, lembaga pengarah mahukan kualiti bukan apa yang diminta guru-guru atau pelajar-pelajar. (KUIS) kena ikut kemahuan pemegang saham.

"Kena ikut dasar syarikat, kena ikut pemegang saham syarikat, ini syarikat (kolej universiti) swasta bukan kerajaan," ujar beliau.

Mohamad Adzib turut mengesahkan kakitangan KUIS tidak dibayar bonus namun menafikan dakwaan mereka tidak dibayar gaji.

"Gaji tetap dibayar, tetapi ada yang mengadu tidak dapat bonus, sudah tentu tidak dapat bonus, kalau tidak ada untung macam mana nak dapat bonus," tambah beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini