Pages

Saturday, 26 January 2013

MASYAALLAH!!! REKOD JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR TENAT!!!


Peningkatan kes jenayah syariah di negeri Selangor wajar dilihat sebagai satu petunjuk daripada Allah s.w.t terhadap umatnya terutama rakyat Selangor.

Nampaknya, perubahan tampuk kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pakatan haram bukan sahaja gagal mengurangkan kadar jenayah, tetapi statistik menunjukkan peningkatan yang mendadak setiap tahun.

Oleh itu, pendedahan oleh Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin pakatan haram terutamanya Pas Selangor.

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin selepas merasmikan Seminar "Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah Syariah" berkata, sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun 2011.

Beliau berkata sepanjang tahun 2011 cuma 1,077 kes direkodkan.

Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012 jelasnya.

Menurut beliau lagi, kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang.

Ini membuktikan bahawa kes jenayah syariah di Selangor sudah ke tahap membimbangkan.

Penulis tidak lupa, dalam satu ceramah di Masjid Seksyen 16 Shah Alam, seorang ustaz yang diyakini adalah penyokong tegar Pas pernah bercakap dengan penuh semangat.

"Masa depan umat Islam di Selangor terancam jika UMNO terus memerintah. Percayalah kepada parti Islam (PAS). Kami akan tegakkan DAULAH ISLAMIAH dengan menjadikan Al-quran dan Haddith sebagai panduan," katanya.

Untuk pengetahuan, ustaz itu bukan calang-calang orangnya. Beliau antara selebriti agama yang selalu muncul di kaca tv.

Namun, ketika Selangor diancam dengan peningkatan jenayah Syariah, ke mana hilangnya ustaz-ustaz ini??? Rumah urut?

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini