Pages

Wednesday 2 January 2013

[KURANG AJAR] : EXCO SELANGOR MENGAKU GOYANG TELUR!!?


SHAH ALAM - Tindakan kerajaan Selangor enggan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah gangguan bekalan air yang melanda di beberapa kawasan di negeri itu sejak seminggu lalu sungguh memalukan.

Sebaliknya, exco Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) merupakan entiti yang harus dipersalahkan kerana gagal untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

Walhal umum mengetahui bahawa kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak membekukan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga menjejaskan usaha syarikat konsesi air itu untuk mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW).

Tindakan ini dikaitkan dengan cubaan untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat agar bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula industri air kepada kerajaan Selangor sekaligus menolak pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Masalah ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor. SYABAS sepatutnya tidak memberikan alasan bahawa kerajaan negeri tidak memberikan itu atau ini.

"Ini merupakan tugas asas SYABAS. Mereka sebagai 'service provider' sepatutnya ada cara untuk memastikan masalah air tidak terjadi," kata Iskandar kepada wartawan pada sidang media petang Rabu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menggesa kerajaan negeri Selangor segera bertanggungjawab terhadap masalah gangguan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk Selangor.

Iskandar ketika memberi respon tentang kenyataan Muhyiddin itu berkata,"Saya mahu komen kenyataan Timbalan Perdana Menteri, memang kita mahu bertanggungjawab dengan ambil alih semua dari SYABAS. Kalau betul kerajaan persekutuan prihatin berikan tugas mengurus air kepada kerajaan negeri Selangor."

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Jacob George sebelum ini mengecam kenyataan Khalid yang sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun negeri itu diancam krisis tersebut menjelang 2015.



mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini