Menurut Pengerusi SERANG, Budiman Mohd Zohdi, antara janji yang gagal ditunaikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu adalah berkenaan isu perumahan kos rendah terutamanya untuk golongan muda yang kini menjadi keperluan belia terutamanya yang baru mendirikan rumah tangga.
"Dalam BN kita ada Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) dan kita terima banyak aduan. 30 peratus aduan adalah mengenai isu perumahan. Rata-rata pengadu bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan rumah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini semalam.
Tambahnya, SERANG turut mendesak kerajaan negeri Selangor untuk bersikap prihatin serta tidak melepaskan tangan dalam perkara yang melibatkan hak rakyat.
"Kita desak kerajaan negeri, polisi untuk rumah anak muda perlu diteruskan. Bagaimana rumah sewa boleh tinggal ramai-ramai, ini melibatkan aspek sosial kehidupan.Kerajaan negeri tidak boleh lari dari masalah ini kerana soal tanah adalah tanggungjawab kerajaan negeri," ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, SERANG dan Pemuda BN terus menggerakkan jawatankuasa mereka turun padang ke Parlimen Kota Raja.
Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai, Penyelaras Dun Pandamaran, Datuk Dr. Ching Eu Boon dan Setiausaha Pemuda MIC Kota Raja, D. Kajendren.
Sebelum ini dalam program sama, SERANG telah mengadakan lawatan ke kawasan Pandan Jaya yang melibatkan Parlimen Pandan.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini