Pendedahan beberapa laman blog sebelum ini membangkitkan isu identiti sebenar Zairil Khir Johari sungguh mengejutkan.
Ramai yang mengetahui bahawa beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Zairil baru-baru ini diumumkan memenangi jawatan CEC selepas apa yang didakwa berlaku kesilapan kiraan undi semasa pemilihan. Itupun 19 hari selepas pemilihan diadakan.
Beliau juga menjadi orang Melayu tunggal 'dipilih' menduduki CEC. Persoalannya kenapa beliau? Apa istimewanya Zairil di mata DAP khususnya Guan Eng yang bersungguh-sungguh mahu menonjolkannya?
Lebih menjadi persoalan ialah siapa sebenarnya Zairil ini. Macam-macam versi cerita tentang beliau.
Ada yang kata beliau anak kandung mantan menteri, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Ada pula yang kata anak tiri, anak angkat dan sebagainya.
Maka adalah dicadangkan agar Zairil memanggil sidang akhbar bagi meleraikan persoalan itu. Berilah tahu asal usul. Zairil sewajarnya diberi peluang menjelaskan apa sahaja untuk menamatkan sebarang kekeliruan dan salah tanggapan, jika ada.
Ini juga bagi mengelakkan media tersilap misalnya ada yang menulis nama beliau sebagai Zairil Khir Johari bin Abdullah.
Dan kalau tiada darah Melayu terus terang sahaja! Buat apa nak malu...
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini