Pages

Tuesday 1 January 2013

200,000 RAKYAT SELANGOR SAMBUT TAHUN BARU DI KARNIVAL SAYANGI SELANGOR


SHAH ALAM - Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 yang diadakan secara besar-besaran di bandar cahaya digital I-City, Shah Alam, berlangsung dengan penuh meriah dengan pertunjukkan warna-warni bunga api dan pelbagai acara menarik lain.

Kehadiran hampir 200,000 pengunjung pelbagai kaum membuktikan sokongan rakyat terhadap penganjuran Karnival Sayangi Selangor yang menutup tirainya malam tadi.

Walaupun ada cakap-cakap yang mengandaikan Karnival Sayangi Selangor tidak mendapat sambutan, kehadiran luar biasa pengunjung dari pelbagai kaum pada semalam membuktikan sebaliknya.

Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memeriahkan lagi sambutan ambang tahun baru 2013.

Sebaik tiba pada jam 10.45 malam, Muhyiddin bersama isteri beramah-mesra dengan pengunjung, peniaga dan petugas pameran sebelum mewakili Perdana Menteri melakukan pengiraan detik tahun baru.

Sebelum itu dalam ucapannya, beliau menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan pakatan haram, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

"Yang sering kita dengar masalah dan isu yang banyak sekali, pertelingkahan politik berlarutan dalam kalangan pakatan pembangkang," katanya semasa berucap pada penutup Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di sini malam tadi.


Laporan selanjutanya - Media Shah Alam

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini