Pages

Thursday, 13 December 2012

[WAJIB BACA] : PELURU MAKAN DIRI! PEMBOHONGAN MAHA DAHSYAT PR TERBONGKAR!!!


PUTRAJAYA - Dakwaan pakatan haram kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia adalah pembohongan maha dahsyat dan lebih bermotif politik.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Dato Seri Hishammuddin Hussein berkata, hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

"Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

"Ini sekaligus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan 'Raikan Cinta 121212" di JPN hari ini.

Hishammuddin berkata dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.

"Sejak (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) memimpin negara kita, saya diminta untuk menyelesaikan semua kes-kes yang tertunggak misalnya jumlah permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sebelum ini, kami dah proses lebih 98,000 permohonan" katanya.

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat N. Surendran, Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam dan Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa hari ini mengetuai kumpulan yang berhimpun di hadapan ibu pejabat JPN berhubung isu taraf kerakyatan dan dokumen pengenalan diri.

Kumpulan itu yang tiba sejak pukul 10 pagi berarak dari Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini