Pages

Sunday, 30 December 2012

UMNO TERUS BERBAKTI "UNTUK ANAK BANGSA"




28 dan 29 Dis 2012 - Shah Alam, UMNO Bahagian Shah Alam terus berbakti kepada anak bangsanya, selain bantuan RM 100.00 dari Kerajaan Pusat kepada setiap pelajar. Sumbangan beg sekolah baru diharapkan dapat memberi semangat baru kepada anak-anak untuk terus mencari ilmu. 
Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim
(Riwayat Ibn Majah, Sahih)

Sumbangan di sekitar Shah Alam yang mengfokuskan kawasan penduduk dan isi rumah yang berpendapatan rendah antaranya Seksyen 16 Shah Alam, Seksyen 18 Shah Alam dan Bukit Subang. Seramai 100 orang penerima sumbangan untuk setiap kawasan tersebut.

Tidak ketinggalan sumbangan dari Dato Hisham Ses bagi pihak Hotel Prima yang menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat (corporate social responsibility). Beberapa badan NGO juga turut menghulurkan bantuan tidak ketinggalan Persatuan Jaringan Usahawan Bumiputera Malaysia. Semoga UMNO dan BN terus berkhidmat kepada Agama, Bangsa dan Negara.

MDBZ

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini