Pages

Saturday, 22 December 2012

[TERKINI] : KHALID SAMAD PANIK!!! MENYESAL JADI #MPMALAS


SHAH ALAM - Selepas menafikan kewujudan kelab malam di Shah Alam sebelum ini, Khalid Samad akhirnya akur dan tampil membuat sidang akhbar khas memperjelaskan isu tersebut serta mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ambil tindakan.

Khalid Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan MBSA pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini , Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam.


Namun, Khalid Samad enggan memohon maaf kepada warga Shah Alam yang dituduhnya menipu kerana melaporkan kewujudan kelab malam itu sebelum ini.

Kewujudan kelab malam 'Voyage' terbongkar selepas sebuah laman blog [klik sini] membuat pendedahan dan mendesak Khalid Samad bertindak menutup pusat maksiat itu dengan segera.




mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini