Pages

Thursday 20 December 2012

[TERKINI] : KHALID IBRAHIM KENA SAWAN KETIKA SIDANG MEDIA SEMALAM!!?


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi memberi kenyataan mengelirukan dan bercanggah bersabit tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda.

Beliau menyifatkan kenaikan mendadak di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang itu sebagai ‘munasabah’ namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.

Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Wartawan yang membuat liputan sidang media Khalid tercengang apabila Menteri Besar itu menganggap kenaikan mendadak cukai pintu oleh MBSA munasabah namun pada masa sama sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengkajinya.

“Maknanya kita nak buktikan cukai pintu yang kita kenakan itu munasabah mengikut kegunaan. Bukan kita nak naikkan cukai pintu, tapi cukai pintu itu munasabah untuk kegunaan. Kalau tak bayar macama mana nak membangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita.

Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

"Saya nak beritahu penentuan harga cukai pintu bukan ditentukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini undang-undang yang ditentukan oleh JPPH berasaskan nilai tanah. Jadi kita tidak boleh salahkan MBSA," kata Khalid.

Bagaimanapun kurang 24 jam selepas membuat kenyataan itu, Khalid berkata sebuah jawatankuasa peringkat negeri akan mengadakan sidang pendengaran awam untuk memutuskan sama ada kenaikan itu adalah munasabah.

Ia akan dipengerusikan oleh Exco Ean Yong Hian.

Khalid berkata setelah mendengar penjelasan MBSA, kerajaan negeri berpendapat orang ramai perlu diberi penerangan mengenai rasional di sebalik kenaikan mendadak itu.

"Oleh kerana penjelasan itu tidak tersebar luas kepada terutamanya mereka-mereka yang akan menerima surat mengenai kenaikan-kenaikan cukai pintu, kerajaan negeri telah melantik satu jawatankuasa pendengaran sebelum pelaksanaan dilakukan,” katanya.

Setelah menegaskan kenaikan itu di luar bidang kuasa kerajaan negeri, Khalid berubah nada dengan mendakwa jawatankuasa yang diumumkan beliau boleh mengkaji semula kenaikan itu serta menetapkan tarikh baru untuk melaksanakannya.

“Jawatankuasa itu akan juga menilai sama ada ia munasabah dilaksanakan atau tidak..kedua berpatutan dilaksanakan atau tidak dan juga masa pelaksanaan tersebut,” ujar beliau.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini menggesa kerajaan Selangor menyatakan pendirian tentang tindakan penguasa tempatan di Selangor menaikkan cukai pintu dan bayaran lesen bagi 90 jenis perniagaan mulai tahun depan.

"Ini termasuk tindakan PBT negeri yang turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Mohd Zin.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini