Perbuatan itu jelas punya unsur sabotaj apabila hanya 'banner' berkaitan Karnival Sayangi Selangor sahaja yang diturunkan sebaliknya 'banner' aktiviti pakatan haram dibiarkan tergantung.
Kejadian itu telah dirakam sendiri oleh blogger PUcTD yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Karnival Sayangi Selangor yang mendapat sambutan hangat rakyat Selangor sudah pasti merisaukan pihak pakatan haram terhadap perubahan sokongan rakyat yang semakin memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Setakat ini, karnival yang memasuki hari kedua dilaporkan berjaya menarik kedatangan hampir 100,000 pelawat.
Pihak penganjur menjangkakan seramai 500,000 pengunjung akan membanjiri I-City, Shah Alam, pada kemuncak acara di karnival iaitu 'Sambutan Ambang Tahun Baru 2013'.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini