Pages

Wednesday 19 December 2012

TAK SABAR TUNGGU SURAU BARU


SHAH ALAM - Penduduk Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini, gembira kerana bakal menerima sebuah surau bernilai RM500,000 dalam tempoh kurang empat bulan lagi.

Penduduk, Solahan Suratman, 50, berkata, penduduk tidak sabar untuk menerima surau berkenaan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan membina surau sewaktu majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Rimba Jaya, 13 Januari lalu.

“Selepas Perdana Menteri berjanji memberi dana membina surau yang lebih luas dan selesa, pada awal tahun ini kami semua sangat teruja dan tidak sabar. Semua janji beliau sudah tertunai dan keperluan golongan rakyat tidak dipinggirkan di kawasan ini.

“Mulai tahun depan, penduduk di sini tidak perlu lagi bersesak menunaikan solat dan boleh mengadakan majlis keagamaan di surau sedia ada di bawah pangsapuri ini,” katanya pada majlis perasmian pembinaan surau terbabit, baru-baru ini.

Turut hadir Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin; Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Zulkurnain Md Roslan dan Imam Satu Surau Al-Hijrah, Basar Atan.

Surau yang dikenali Surau Al-Hijrah itu boleh memuatkan lebih 400 jemaah dalam sesuatu masa.

Sementara itu, Ahmad Nawawi berkata, surau terbabit juga akan menerima sumbangan berbentuk bahan ilmiah dari pihak Yayasan Al-Bukhary bagi memudahkan penduduk setempat mendalami ilmu Islam.

“Dengan pembinaan surau ini, penduduk boleh mengeratkan silaturahim serta menambahkan lagi ilmu dengan menggunakan bahan ilmiah yang disumbangkan.

“Saya berharap dengan siapnya surau ini kelak, ia tidak dijadikan medan untuk berpolitik dan saya menyeru kepada ahli kariah untuk sama-sama mengimarahkan surau baru ini kelak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini