Pages

Saturday, 1 December 2012

#PAU2012 : TERKINI!!! PAS GAGAL LAKSANA HUDUD, HANYA JADI BALACI DAP!!!

                                                                                                                                                                FOTO : ACAP PJO

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Mohd Afandi Yusoff, hari ini membidas kemampuan PAS melaksanakan hukum hudud dan membentuk negara Islam sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. 

Beliau berkata PAS ternyata parti yang lemah dalam memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud walaupun sudah hampir 22 tahun memerintah Kelantan.

"Bila PAS nak buat hudud UMNO sambut baik sebab itu hukum Allah yang wajib diyakini dan ditaati, tapi hingga kini mereka masih belum dapat laksanakannya di Kelantan.

"Kini bila dia kata nak buat ia ditentang DAP secara terbuka. Kalau PAS ini anak jantan kita cabar mereka supaya berjuang meletakkan hukum hudud sebagai satu daripada menifesto dalam buku jingga pakatan pembangkang," kataya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Mohd Afandi berkata, PAS kini bukan lagi sebuah parti yang boleh diharapkan dalam membentuk negara Islam dan memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud di negara ini.

"Mereka takutkan DAP, mereka tukar menifesto kepada negara berkebajikan. Bila perwakilan PAS bertanyakan mengenai negara berkebajikan pada Mukhtamar PAS, mereka tidak boleh huraikan.

"Bila perwakilan PAS mendesak parti itu kembali kepada perjuangan asal mendaulatkan perjuangan Islam....mereka senyap dan bila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kata: 'Melayu bebas memilih agama'... mereka kata itu perkara kecil," katanya.

Justeru, katanya, PAS layak dilabelkan sebagai 'parti barua' kerana mereka tidak mampu memperjuangkan Islam dan hanya menjadi 'pak turut' kepada DAP.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini