Pages

Tuesday, 4 December 2012

NGERI!!! MANUSIA KELUAR DARI TIMBUNAN SAMPAH DI SHAH ALAM!!!




SHAH ALAM - Masalah pungutan sampah di Bandaraya ini sudah kronik! Bau busuk dari sampah yang mengeluarkan lendir itu sangat menjijikkan hingga terasa seperti berada di dalam lubang tahi.

Itulah antara keluhan penduduk di pangsapuri Seksyen 7 yang sudah tidak tahan dengan karenah dan sikap kerajaan Selangor terutama Khalid Samad yang berjanji kononnya akan menyelesaikan masalah kutipan sampah di Shah Alam.

Menurut pengadu, hari ini sudah hari ke 6 sampah tidak dikutip dan dibiarkan membusuk. Berikut adalah mesej 'twitter' pada Khalid Samad oleh pengadu semalam;


Menurut pengadu, sudah banyak laporan di buat termasuk mengadu kepada Khalid Samad sendiri (melalui twitter). Namun sehingga kini tiada langsung usaha dibuat baik dari Khalid Samad mahupun pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Petang tadi, penulis ke lokasi untuk ambil gambar seperti yang diberitahu pengadu. Ternyata, aroma bau busuk maha jijik itu tidak mampu penulis ungkapkan betapa busuknya bau busuk yang maha busuk itu.

Penulis tidak dapat bayangkan kebusukan bau sampah yang membusuk jika sampah yang busuk itu masih tidak dikutip pada esok hari.

Nantikan laporan kemaskini dari penulis esok!


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini