Pengerusi SERANG, Budiman Mohd. Zohdi berkata, sehingga kini, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan masih lagi tidak memberikan sebarang penjelasan.
“Kami mewakili anak-anak muda di Selangor mendesak kerajaan negeri terutamanya EXCO yang terlibat supaya memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat antara yang dikeluarkan di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dengan apa yang diucapkan di dalam sidang DUN pada 26 Mac 2012.
"Mana lokasi 6,470 rumah kos rendah yang didakwa dibina di zaman pemerintahan kerajaan DAP-PKR dan PAS? Apakah syarat-syarat permohonan dan berapa ramai anak-anak muda di Selangor hari ini yang benar-benar berpeluang mendapatkan rumah tersebut?,” jelasnya ketika sidang media hari ini.
Budiman menambah, di zaman pentadbiran kerajaan BN sebelum tahun 2008, mereka telah mewujudkan 'Skim Perumahan Pasangan Muda'. Apakah status skim ini sekarang? Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebidang tanah di 24 Shah Alam telah diperuntukkan.
“Kita juga hari ini akan menziarahi sebuah rumah anak muda yang mengalami masalah dalam memiliki rumah kos rendah. Menyedihkan, anak muda yang telah berkahwin ini terpaksa berkongsi rumah denga tiga kelamin yang lain.
Ini merupakan contoh sebahagian dari permasalahan anak-anak dan pasangan muda dalam memiliki rumah kos rendah. Perkara ini berlaku kerana anak muda tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki rumah kos rendah sebagai permulaan memulakan kehidupan.
Turut hadir di sidang media ialah Ketua Penerangan Pemuda BN Selangor, Dato' Dr. Ching Eu Boon, Pemuda Gerakan, Ben Liew dan Ketua Pemuda UMNO PJS, Ridzuan Mahidin.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini