Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan sentiasa berjuang.
JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar veteran ATM.
Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.
Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.
JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja dengan ATM akan dibantu oleh JHEV.
JHEV akan memulakan tugas utama dengan mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini.
Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM.
Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM.
Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM.
Sekiranya dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.
Sumber: SinisMalaysia
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini