Pages

Saturday, 15 December 2012

[EKSKLUSIF] : KERANA DENDAM! AKHIRNYA RAKYAT SELANGOR YANG JADI MANGSA!!!


SHAH ALAM - PELIK melihat kedegilan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sanggup membelakangkan kepentingan rakyat yang sedang mengalami masalah bekalan air di Selangor dan dijangkakan bakal berdepan dengan krisis air pada tahu 2014 nanti.

Sudah 'berbuih mulut' rakyat berteriak dan mengadu mengenai masalah air di kawasan mereka, namun Khalid masih berdegil dan hanya menumpukan kepada agenda penstrukturan semula air di negeri itu.

Dalam kenyataannya yang terbaru, Menteri Besar itu dengan angkuh mengatakan bahawa beliau sanggup menunggu 100 tahun untuk tidak melaksanakan projek pembinaan Langat 2 selagi penstrukturan semula air tidak berjaya dilakukan.

Persoalannya, apakah dengan kejayaan menstrukturkan semula industri air itu maka rakyat Selangor tidak akan mengalami masalah bekalan air dan sekaligus mengatasi krisis air 2014 tersebut?

Penstrukturan semula industri air sebenarnya hanyalah untuk memudahkan pengurusan air Kerajaan Negeri Selangor, manakala pembinaan logi rawatan air Langat 2 pula bertujuaan untuk mengatasi masalah bekalan air yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Mana satu yang lebih penting di mata Khalid? Memudahkan pengurusan air Kerajaan negeri Selangor atau menyelesaikan derita rakyat yang kekurangan air?

Dalam usaha Menteri Besar itu menjayakan penstrukturan semuLa air, beliau sering menyalahkan Kerajaan Pusat bahawa kononnya tidak menyokong rancangannya.

Padahal, Kerajaan Pusat sudah berkali-kali menyatakan kesanggupannya untuk berbincang, malah membenarkan Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli semua syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Pusat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendri telah bersuara menyatakan kesungguhan membantu Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor menjayakan pentrukturan industri air di negeri itu.

Namun entah kenapa, Khalid tetap menyalahkan Kerajaan Pusat. Mungkin kerana politik barangkali?

Sungguh pun Khalid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), sewajarnya beliau mengenepikan perbezaan fahaman politik khususnya apabila membabitkan masalah yang melibatkan kepentingan rakyat.

Menteri Besar itu perlu berlaku profesional dalam hal ini memandangkan rakyat telah memberikan amanah padanya untuk mengetuai kerajaan negeri dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapai selama sepenggal.

Sekiranya Khalid bijak berpolitik, sudah tentu beliau akan mengutamakan penyelesaian masalah rakayt berbanding mendahulukan kepentingan politik peribadinya sekiranya mahu Pakatan Haram dipilih semual untuk mentadbir negeri itu bagi penggal akan datang.




No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini