Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata, masyarakat dunia hari ini boleh mencontohi pendekatan Malaysia menangani konflik di kalangan negera-negara Asean.
"Malaysia sentiasa mengelak konfrontasi di kalangan negara-negara jiran. Kami sentiasa mengambil pendekatan rundingan untuk menyelesaikan segala masalah atau tuntutan bertindih.
"Ini adalah rahsia kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan di rantau ini. Peperangan bukan jalan penyelesaian walaupun Malaysia mampu untuk berperang," katanya sambil berseloroh di hadapan jemputan 'UMNO's International Forum' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini.
Dalam pada itu, beliau mendakwa amalan hak demokrasi untuk berhimpun dan kebebasan bersuara yang melampau dan ekstrem meletakkan masyarakat dalam ketidakstabilan.
Dakwanya, golongan minoriti yang tidak berpuas hati kerana tewas dalam pilihan raya akan menggunakan hak berkenaan untuk menjejaskan dan menumbangkan kerajaan.
Kumpulan yang tumbang itu pula, dakwanya, akan menggunakan hak mereka untuk menentang perkara ini dan kitaran berkenaan seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih besar kepada masyarakat dan negera.
Perkara ini, dakwanya, akan berterusan tanpa henti jika masing-masing tiada sepakat untuk mengekalkan keamanan demi kemakmuran negara. Inilah yang berlaku apabila kepentingan peribada mengatasi kepentigan negara.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini