Pages

Sunday, 25 November 2012

RAKYAT WAJIB NILAI!!! KERTAS PUTIH HUTANG TALAM, INDAH KHABAR DARI RUPA!!!



SHAH ALAM – Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, akhirnya, kerajaan negeri mengeluarkan Kertas Putih berhubung isu Hutang TALAM pada Sidang DUN yang lalu setelah lebih dua tahun berjanji. Kertas Putih yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor ini nampaknya indah khabar dari rupa.

Tegas beliau, umum mengetahui, apa jua soalan atau penjelasan yang diajukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, jawapan yang diberikan adalah tunggu sehingga Kertas Putih TALAM dikeluarkan. Mereka berjanji kononnya dalam Kertas Putih tersebut, segala transaksi akan dijelaskan dengan terperinci dan telus.

“Bagaimanapun, rakyat Selangor tidak akan lupa bahawa sebelum Kertas Putih dikeluarkan, Kerajaan Negeri dengan gah telah mengupah pihak auditor bebas bagi melakukan audit terhadap isu ini. Mereka juga mengeluarkan 15 ‘frequently ask questions” (FAQs) dan turut mengadakan seisi jelajah ke seluruh Selangor bagi memberi penerangan mengenai isu ini.

“Apa yang menghairankan, isi intipati Kertas Putih dengan apa yang diterangkan oleh barisan exco ketika sesi jelajah adalah perkara yang sama. Dalam erti kata lain, tiada maklumat yang baru dalam Kertas Putih yang dikeluarkan. Malahan, sebahagian besar persoalan yang saya tanyakan sebelum ini masih belum terjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Umum mengetahui bahawa TALAM mempunyai hutang dengan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KHSB, PNSB dan UNISEL. Dinyatakan dalam Kertas Putih bahawa KHSB, PNSB dan UNISEL masing-masing hanya menerima RM10 dari urusniaga penyelesaian hutang TALAM ini, namun Kerajaan Negeri berjanji akan membayar pampasan kepada anak syarikat ini.

Persoalannya tegas beliau lagi, bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai pemberian pampasan kepada KHSB, PNSB dan UNISEL? Bagaimana pula penerimaan oleh pemegang saham setiap anak syarikat ini? Adakah pemberian ini merupakan satu cara untuk Kerajaan Negeri menutup kelemahan mereka?

“Kertas Putih juga menyatakan maklumat yang bercampur berhubung jumlah kutipan hutang yang berjaya dilaksanakan. Tiada maklumat terperinci berhubung tanah yang dilelong dan gantian tanah yang dijanjikan oleh pihak TALAM.

“Sebuah tanah di Lot 14002 dikatakan telah di lelong pada tahun 2010. Bagaimanapun, TALAM hanya bersetuju untuk menggantikan tanah tersebut pada surat bertarikh 5 June 2012. Persoalanya, kenapakah berkara ini timbul setelah dua tahun berlalu sedangkan isu ini bermula sejak 2009 lagi? Adakah Kerajaan Negeri hanya menimbulkan perkara ini setelah terdesak dengan siri pendedahan oleh Barisan Nasional?

“Hakikatnya, Kertas Putih ini bolehlah diandaikan sebagai melepaskan batuk di tangga. Ianya hanyalah bagi menutup isu ini dari terus dibincangkan. Namun begitu, pihak Barisan Nasional Selangor tetap konsisten dengan apa yang kami dedahkan sebelum ini malah masih banyak persoalan yang poerlu dijawab oleh Menteri Besar berhubung kekeliruan yang berlaku dalam penyelesaian hutang TALAM ini,” ujarnya yang juga Koordinator BN Selangor.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini