Pages

Saturday, 10 November 2012

PEJABAT MALAYSIAKINI KENA SERBU!!!



KUALA LUMPUR - Pejabat portal berita Malaysiakini diserbu polis bagi menjalankan siasatan terhadap surat pembaca bersabit isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzzah Anwar, semalam.

Surat yang disiasat itu ditulis oleh Steve Oh dan diterbitkan dalam Malaysiakini Isnin lalu dengan tajuk 'Nurul's watershed idea for the nation'.

Kira-kira 15 anggota polis tiba bersama dengan waran geledah oleh majistret Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan. Turut serta, anggota unit forensik dari ibupejabat polis Cheras.

Anggota berkenaan mengambil masa lebih dari sejam untuk mengambil kenyataan daripada Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar; Pengarang Berita, Gerald Martinez serta Pengurus Sumber Manusia, A Shamini.

Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan menuturkan kata-kata dengan niat sengaja melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis kemudiannya beredar sekitar jam 6.50 petang tanpa mengambil apa-apa dari pejabat Malaysiakini. Bagaimanapun, dimaklumkan mereka akan kembali esok untuk siasatan lanjut.

Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dilihat berang dan menyifatkan kedatangan pihak polis sebagai "satu lagi kes intimidasi dan gangguan".

"Tiada apa yang dianggap menghasut dalam surat Steve Oh. Kami sedang mendapatkan nasihat peguam kami mengenai perkara itu," katanya.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini