Pages

Friday, 30 November 2012

#PAU2012 : ESOK PENUH DENGAN DEBARAN DAN KEJUTAN!!?


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok selepas perbahasan usul ekonomi selesai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, petang tadi.

Pembahas terakhir usul berkenaan ialah wakil Selangor, Datuk Ramli Norani dari bahagian Sungai Besar.

Sehubungan itu, wakil Kelantan, Mohd Afandi Yusoff akan menjadi pencadang bagi usul agama dan pendidikan manakala wakil Puteri, Hasrunizah Hassan sebagai penyokong.

Sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden dijangka bermula jam 2 petang esok.


mimr

1 comment:

  1. Slm Sahabat
    Pohon linkkan blog saya kembali yg sudah pulih

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini