Ia menyentuh perasaan perwakilan sehinggakan ada yang menitiskan air mata apabila terkenangkan perjuangan UMNO membela nasib orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan.
Ariff Yasir yang juga wakil tunggal Kelab UMNO Luar Negara ketika memulakan perbahasan melontarkan ucapan tahniah kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang prihatin terhadap nasib umat Islam di Palestin.
"Ini membuktikan Malaysia sudah mencapai ciri negara maju iaitu sebuah negara yang banyak memberi bantuan dan sentiasa menghargai nyawa rakyatnya.
"Kerajaan juga turut mengecam keras serangan rejim Zionis ke atas Gaza malah sejak sekian lama kita tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara," katanya sambil membacakan peringatan yang terdapat pada halaman kedua pasport Malaysia: "Pasport ini sah digunakan kecuali Israel".
Dalam ucapan, Ariff Yasir mancadangkan Majlis Tertinggi UMNO memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mengikuti perhimpunan berkenaan pada masa akan datang.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini