Pages

Wednesday, 14 November 2012

KHALID SAMAD BUAT LAWAK!!!



SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, persepsi yang dilemparkan oleh segelintir ahlinya yang tidak berjawatan dalam parti, adalah satu "pembohongan."

"Bagi kami Pas tetap atas landasannya, Perlembagaannya tidak berubah, dasar Pas tetap Islam sepertimana dalam Perlembagaan, soal matlamat perjuangan Pas tetap termaktub dalam Perlembagaannya dan hukum-hukum yang tertinggi juga tetap sama. Tak ada perubahan, katanya.

Khalid Samad mengulas berhubung penganjuran sebuah forum bertajuk 'Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal' oleh beberapa ahli Pas Selangor di Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.

Sesi pertama bertajuk 'Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas' dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Moner bertindak sebagai moderator.

Wacana berkenaan kemudiannya menggariskan 11 resolusi yang antaranya menggesa kepimpinan ulama menerajui Pas semula.

Parti itu juga tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam.

Pas juga katanya, mesti segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP dan sekiranya perlu mengadakan Muktamar Khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga orang melayu pertama memberi tazkirah dalam gereja sebelum ini berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama Pas dengan PRK dan DAP tidak pernah menjadikan parti itu mengikut telunjuk dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Apabila seseorang ingin mencapai sesuatu matlamat, ia kena mengambilkira realiti politik dan menyusun langkah mengikut realiti politik itu untuk mencapai matlamat yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

"Bagi saya yang hadir dalam wacana itu, satu (seorang) pun bukan ulama. Untuk dia keluarkan fatwa bahawa kita sudah terkeluar daripada dasar kita sama ada dari sudut matlamat kita atau dari sudut kaedah dan strateginya, dia juga tidak mengemukakan sebarang dalil atau nas," jelas Khalid.

Tegasnya, umum harus faham dan tidak dimomok-momokkan oleh Umno-Barisan Nasional yang sering kali memberikan persepsi yang salah berhubung kerjasama parti Islam itu dengan PKR dan DAP apabila mengatakan parti itu sanggup menggadaikan prinsip Islam demi cita-cita ke Putrajaya.

"Apa yang kita lakukan tidak ada walaupun satu kita berkompromi daripada matlamat mahupun dasar kita. Kita kena faham bahawa soal kerjasama ini atas hal-hal yang kita setuju. Dalam hal yang kita tidak setuju, kita dibenarkan untuk terus mengusahakannya sendiri.

"Bukan kalau kamu hendak masuk Pakatan Haram, kamu kena gugurkan agenda Islamnya. Tak ada! Tetapi Pakatan Haram hanya akan laksanakan apa yang dipersetujui bersama tetapi apa yang tidak dipersetujui Pakatan Haram, Pas berhak dan bebas untuk mengusahakan atas platform Pas itu sendiri," katanya.

"Isu hudud ini kalau tidak kerana Pas, memang daripada awal tak ada orang bincang. Sistem perundangan Islam, sistem pemerintahan Islam, yang bawa ini semua Pas," tambahnya.


mimr

1 comment:

  1. Yg Khalid kena faham (dan sedar) PAS takde la nampak sangat gugurkan perjuangan sbg sebuah parti (bukan semua ahlul PAS bahlul mcm dia).

    Tp pemimpin PAS macam Khalid dan pro-Anwarlah yg ketara sangat-sangat-sangat merosakkan imej PAS sbg parti berteraskan perjuangan Islam. (aku tulis 3x sngat, serius tu!)

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini