GILA!!! KHALID SAMAD SOKONG NURUL IZZAH AJAK MELAYU JADI KRISTIAN???

Wednesday 7 November 20121comments




SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kenyataan yang dibuat Nurul Izzah adalah satu dasar umum yang diterima, seperti yang ditekankan dalam Islam iaitu kita tidak boleh untuk memaksa seseorang untuk berpegang kepada sesuatu kepercayaan.

“Kenyataannya bahawa prinsip kebebasan beragama itu dan bahawa agama itu adalah satu perkara yang berasaskan kepada pilihan, itu adalah satu dasar umum yang diterima..dan itulah yang Islam ajar bahawa kita tak boleh paksa orang percaya.

“Mesej yang nak disampaikan oleh Izzah ialah orang Islam ini jangan anggap kita ini Islam kerana kita ini orang melayu..jangan anggap kita ini Islam baka. Agama mesti atas dasar keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus kita lakukan ialah menentukan orang Islam menjadi orang Islam atas pilihan, bukan atas dasar keturunan atau paksaan.

“Yang penting, orang nak jadi Islam mesti atas dasar kepercayaan. Orang Islam oleh kerana dia Melayu, Allah tak terima..orang Islam oleh kerana dia dipaksa Allah tak terima..Nak Islam atas dasar pilihan sendiri..bebas memilih untuk bersama dengan Islam,” katanya ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini. 


Nurul Izzah baru-baru ini, ketika menjadi panel sebuah forum di Subang, anjuran pergerakan Kristian memberitahu, orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekaligus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

"Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf..ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),"

Izzah kemudiannya cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan, kenyataannya itu dibuat berdasarkan Al- Quran, ayat 256, Surah Al-Baqarah yang menyatakan "tiada paksaan dalam Islam".

Namun begitu kenyataannya itu tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui,” Surah Al-Baqarah, ayat 256.


mimr
Share this article :

+ comments + 1 comments

7 November 2012 at 14:45

Salam.

Saya sudah linkkan blog anda di blog saya..harap anda juga linkkan blog saya,,...

terima kasih

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger