Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Dr Xavier Jayakumar berkata jumlah kes yang dikesan dalam tempoh 1 Jan hingga 3 Nov tahun ini ialah sebanyak 2,697 dan bilangan itu meningkat 307 kes berbanding tempoh sama pada 2011.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 100 kematian direkodkan untuk tempoh tersebut berbanding 95 kematian untuk tempoh sama pada tahun lepas," katanya ketika menjawab pertanyaan Saari Sungib (PAS-Hulu Klang) berkaitan jumlah kes penyakit Tibi yang disahkan di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Beliau berkata daerah Petaling mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 831 kes, diikuti Hulu Langat (601), Gombak (461), Klang (430), Hulu Selangor (98), Kuala Langat (87), Kuala Selangor (86), Sepang (52) dan Sabak Bernam (52).
Katanya, saringan penyakit yang tidak diperketat ke atas pekerja warga asing di negeri ini serta peningkatan penghuni di Penjara Kajang dan Sungai Buloh menjadi faktor penularan penyakit itu.
Dr Jayakumar berkata penempatan dan pemindahan pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Tampin, Negeri Sembilan ke Puspen di Serendah turut menyumbang kepada peningkatan kes Tibi di Selangor.
"Pendatang asing tanpa izin yang tidak menjalani saringan Tibi sebaik tiba di negara ini juga menjadi punca peningkatan penyakit ini," katanya. - Bernama
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini