Pages

Wednesday 7 November 2012

ENAM NGO GESA PERANCIS SIASAT SUARAM BERHUBUNG LAPORAN SCORPENE


KUALA LUMPUR - Enam badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa kerajaan Perancis menjalankan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana 'secara salah' membuat laporan pada 2009 mengenai pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (YMJC), Dzulkarnain Taib berkata NGO itu telah menyerahkan memorandum bersama kepada Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance di sini hari ini.

Selain YMJC, memorandum itu juga ditandatangani antara lain Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, dan Lembaga Perlindungan Konsumerism Malaysia.

Beliau berkata memorandum itu menuntut kerajaan Perancis menyiasat Suaram yang bertindak sebagai 'organisasi palsu' bukan kerajaan yang telah memanipulasi sistem keadilan Perancis dalam siasatan Scorpene.

Tindakan Suaram itu boleh mengancam hubungan yang telah wujud lama antara Malaysia dan Perancis, katanya kepada Bernama di sini.

Dzulkarnain mendakwa Suaram berniat buruk dengan mendakwa dirinya sebagai wakil sah rakyat Malaysia dan secara salah menggunakan sandiwara ini untuk memperdaya mahkamah Perancis hingga dilantik sebagai plaintif dalam isu Scorpene.- Bernama


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini