Pages

Wednesday 24 October 2012

TAYANGAN KHAS 'TANDA PUTERA' DI UiTM SHAH ALAM 8 NOVEMBER!!!



SHAH ALAM - Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Suhaimi Baba akan ditayangkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sempena Malam Promosi Filem 2012 pada 8 November ini.

Tayangannya dianjurkan oleh pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dengan kerjasama pengeluar filem Pesona Picture Sdn Bhd di Dewan Sri Budiman mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.

Filem tersebut mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Menurut kenyataan UiTM, pelbagi acara sampingan akan turut diadakan sempena tayangan itu seperti cabutan bertuah untuk penonton dengan hadiah utama berupa empat buah telefon bimbit serta sesi tandatangan bersama barisan pelakon dan persembahan daripada para pelajar fakulti itu.

Harga pas masuk ialah RM10.

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di laman Facebook menerusi carian 'Malam Promosi Filem 2012: Tayangan Eksklusif Tanda Putera' atau menghubungi koordinator pemasaran Noorli Mokhtar di talian 019-3674843 untuk tempahan awal. 

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini